Boleh terus hubungi kami. Kami bersedia untuk memberikan maklumbalas dengan cepat dan profesional.
+6 013-624 7545
sales@jommusafir.my
Anda tercari-cari pakej lengkap all in fullboard ke mesir yang dikendalikan oleh agensi travel yang berpengalaman ? Jom bersama kami.
Kami dah berpengalaman bawa group ke Mesir sejak 2018 lagi. Apa yang kami boleh janjikan, pengisian tazkirah & pengajaran dari setiap tempat yang dilawati di Mesir. Bukan kembara kosong semata-mata.
Tour guide adalah orang Melayu yang sudah menetap di Mesir lebih 20 tahun. Pakej kami sudah All In Fullboard termasuk Tipping. Bawa duit shopping sahaja.
Kuala Lumpur International Airport 1 (KLIA1)
4 Jam Sebelum Waktu Penerbangan
Berkumpul di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 4 jam sebelum berlepas untuk urusan daftar masuk(check-in). Dengar sedikit taklimat daripada wakil Jawahir Travel berkenaan adab-adab & penjagaan waktu solat semasa bermusafir.
Berlepas ke Cairo mengikut jadual penerbangan yang ditetapkan.
Tiba di Airport Cairo, group akan disambut oleh wakil Jawahir Travel di sana. Group akan terus dibawa ke hotel untuk check in.
Selepas solat zohor, mula lawatan ke athe Egyptian Perfume palace Kedai wangian mesir.
Kemudian dibawa ke The Egyptian cotton shop. Kedai yang menjual pakaian berasaskan kapas Egypt.
Makan tengah hari dan solat.
Group akan dibawa ke Pypyrus Institute iaitu Gedung pembuatan kertas zaman firaun.
Makan malam dan balik berehat di hotel.
Makan pagi di hotel.
Check out hotel di Cairo dan mulakan perjalanan ke Semenanjung Sinai. (450 KM dari Cairo)
Dalam perjalanan ke Sinai akan lalu di terowong bawah laut terusan suez iaitu terusan laluan kapal dagang utama di dunia.
Kemudian akan stop di Noktah Hasenah iaitu Kubu perang tinggalan tentera Israel. Akan lawati Uyun Nabi Musa.Telaga Nabi Musa yg digunakan oleh Nabi Musa dan Bani Israel setelah menyeberang laut (Jika Uyun Musa masih belum dibuka, akan lalu daripada luar sahaja).
Makan tengah hari dan solat.
Sebelum sampai ke St Catherine akan ziarah maqom Nabi Soleh.
Sampai di St catrine, check in hotel, makan malam & berehat di hotel.
Makan pagi di hotel Sinai.
Check out hotel Sinai dan akan mulakan lawatan ke Lembu samiri, iaitu pantulan patung anak lembu ciptaan Musa Samiri.
Melawat Maqom Nabi Harun as iaitu saudara kepada Nabi Musa as.
Kemudian melawat ke Bukit Sinai iaitu kaki bukit Nabi Musa bermunajat kepada Allah.
Makan tengah hari dan solat.
Kemudian bertolak balik semula ke Cairo.
Makan pagi di hotel.
Kemudian mulakan lawatan ke Fayyom (100 KM dari Cairo)
Dalam perjalanan singgah di Tasek Qorun. Dikatakan tasek hasil Qorun dan hartanya ditelan bumi.
Kemudian ke Wadi rayyan iaitu Padang pasir kawasan diwartakan sebagai padang pasir simpan oleh UNESCO.
Lawati Syalalat Air terjun yang terletak di tengah-tengah wadi rayyan. Makan tengahari BURUNG MERPATI KUKUS di sumbat nasi.
Lawati Kincir air di Fayyoum yang terletak di tengah-tengah bandar fayyoum yang digunakan sejak zaman mesir kuno.
Balik semula ke Cairo.
Berhenti makan malam dan balik berehat di hotel Cairo.
Makan pagi di hotel.
Kemudian mulakan lawatan ke Iskandariah(250 KM dari Cairo).
Lawati Taman muntazah iaitu kawasan istana raja mesir terdahulu.
Bergambar di depan Istana Raja farouk, Raja mesir terakhir.
Lalu di hadapan Perpustakaan Iskandariah.
Lalu di hadapan Kubu sultan Qoitbai iaitu Kubu yg di bina oleh sultan Qoitbai pada zaman kerajaan mamluk.
Makan tengah hari dan solat.
Kemudian lawati Masjid Imam Abu Abbas al Mursi dan Imam Busiri. Keduanya merupakan wali Allah.
Lawati Masjid Nabi Daniel dan Luqman Al Hakim.
Balik semula ke Cairo. Berhenti makan malam dan balik berehat di hotel Cairo.
Makan pagi di hotel.
Mulakan lawatan di Cairo dengan lawat k3 Giza pyramids iaitu 3 Pyramids terbesar di Mesir yang juga merupakan satu daripada 7 keajaiban dunia.
Kemudian lawati ke Spinhx iaitu patung Firaun berkepala singa.
Makan tengah hari dan solat.
Kemudian lawati Kubu Salehudin Al Ayubi yang dibina pada zaman pemerintahan Panglima agung Islam, Salehudin Al Ayubi.
Lawati Masjid Mohd Ali Basya sebuah masjid indah dengan senibina bercirikan Islam yang hebat.
Makan malam dan balik berehat di hotel.
Makan pagi di hotel.
Kemudian mulakan lawatan di sekitar Cairo.
Group dibawa melawat ke Muzium Hadorah iaitu Muzium Firaun yang baru siap, tersimpan di dalamnya khazanah peninggalan Firaun.Terdapat lebih daripada 20 mumia Firaun. Kebanyakan khazanah Firaun di Muzium Firaun lama di Tahrir telah dipindahkan ke muzium Hadorah ini.
Kemudian PERCUMA menaiki boat di Sungai Nil untuk menikmati keindahan Sungai Nil yang cukup bersejarah.
Makan tengah hari di Restoran Terapung di Sungai Nil.
Kemudian lawati Masjid Al Azhar dan universiti Al Azhar iaitu Universiti tertua di dunia. Berpeluang solat di Masjid Azhar.
Kemudian group dibawa shopping di Bazar Al Khalili Cairo.
Boleh dibawa ke kedai makanan dan Manisan Mesir & kedai buah-buahan Mesir. Makan malam dan balik berehat di hotel.
Makan pagi di hotel. Check out hotel.
Jika masa masih ada, mulakan lawatan di sekitar Cairo.
Lawati Kilang crystal iaitu kilang pembuatan barangan Kristal yg terkenal di Cairo. Kemudian dibawa melawat Masjid dan Kubur Imam Syafie (Pengasas kepada mazhab syafie).
Dibawa melawat ke Masjid wali Allah Ibnu Atoillah Sakandari iaitu Pengarang Kitab Al Hikam.
Makan tengah hari dan solat.
Seterusnya dibawa menuju ke Airport untuk penerbangan balik ke Malaysia.
Dijangka tiba di Kuala Lumpur bergantung pada jadual penerbangan yang ditetapkan.